Monday, 8 October 2012

" Adakah anda tahu berkenaan Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau FCPO? Satu Peluang Perniagaan  yang boleh menjana pendapatan . .





Pengenalan Pelaburan Saham

Apakah Itu Pasaran Saham?
Pasaran saham adalah tempat dimana menemukan pembeli dan penjual saham.
Di Malaysia, Pasarannya ialah Di Bursa Malaysia.

Sekilas Info Bursa Malaysia
Tiada tempat lain selain dari Bursa Malaysia jika seseorang itu ingin membuat pelaburan saham. Dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL)
Sejarah panjangnya bermula pada tahun 1930 ketika Persatuan Syarikat Broker Singapore menubuhkan badan pengurusan pelaburan bersistematik di Malaya. Selepas pecahnya Singapura dan Malaysia pada tahun 1965,Pasaran Saham Malaysia dikenali sebagai Pasaran Saham Malaysia dan Singapura. Akhirnya,pada tahun 14 Disember tahun 1976 secara rasminya Malaysia mempunyai pasaran sahamnya sendiri yang dinamakan sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange ( KLSE).
Hari ini KLSE sudah bertukar namanya menjadi Bursa Malaysia semenjak dari tahun 2004 dengan hampir 90% saham yang tersenarai adalah kaunter-kaunter shariah(Halal) dan merupakan antara pasaran saham terbesar Asia dengan modal pasaran memcecah RM1 trillion.
Terdapat dua papan sekarang ini,iaitu Papan pertama dan Ace Market.Papan pertama adalah saham –saham syarikat yang lebih ‘ternama’ dan lebih stabil .Manakala saham Ace market adalah saham-saham syarikat yang ‘baru’ tetapi mempunyai prospek pertumbuhan yang tinggi.
Bursa Malaysia diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Disamping itu system perundangan yang menjaga kepentigan pelabur runcit juga ditekankan oleh Suruhanjaya Sekuriti supaya pasaran saham adalah tempat pelaburan yang selamat.




Pasaran Hadapan FKLI/FCPO

Maksud Pasaran Hadapan :
Suatu perjanjian kontrak assets antara pembeli dan penjual pada masa hadapan dengan menetapkan harga pada hari ini.
Pasaran yang berbeza dari pelaburan saham kerana ia bergerak secara 2 hala.
Contoh assets : CPO (Sawit), Indeks Bursa Malaysia
Tujuan Pasaran Hadapan :
Lindung Nilai pelaburan (Hedging) --> Digunakan oleh pengeluar dan pengguna barang - barang yang didagangkan.
Contohnya :
Penanam pokok sawit ditakuti harga sawit akan turun, maka penanam sawit perlu Short (jual).
Tauke kilang sabun pula ditakuti dengan harga sabun akan naik, maka pekilang harus Long (beli).
Jenis Pasaran Hadapan :
FKLI (Kuala Lumpur Indeks Composit)
FCPO (Futures Crude Palm Oil)
Urusniaga :
  1. 8.45 pagi - 12.45 tengahari
  2. 2.30 petang - 5.15 petang
Urusniaga :
  1. 10.30 pagi - 12.30 tengahari
  2. 3.00 petang - 6.00 petang
RM50 untuk setiap point naik dan turun
RM25 untuk setiap point
Kelebihan FKLI & FCPO :
  1. Pasaran 2 hala
  2. Pasaran yang aktif
  3. Modal/Margin rendah anda mampu menjana pendapatan harian mencecah RM1500 dengan 1 lot FCPO sahaja.
  4. Boleh mendapat pendapatan harian, mingguan dan bulanan jika pandai melihat trend.
Faktor - faktor yang mempengaruhi pasaran CPO :
  1. Harga Minyak Mentah
  2. Harga Soya
  3. Permintaan import/eksport
  4. Faktor cuaca




Pemain Pasaran Hadapan
BIL
PEMAIN PASARAN HADAPAN
KETERANGAN
1HEDGER
MELINDUNG NILAI PELABURAN SAHAM OLEH PENGURUS DANA. Kaunter yang dilindung nilai adalah 30 kaunter Indeks seperti SIME DARBY,TM
2SPEKULATOR
Mengambil risiko bagi pihak penjual dan pembeli. Spekulator adalah orang yang penting untuk kecairan.


Perbezaan antara pelaburan saham dan berspekulasi di Future Market

BIL
SAHAM
FUTURES MARKET (INDEKS & CPO)
1
Modal bergantung kepada jumlah kuantiti dan harga saham yang ingin dibeli.
Modal bergantung kepada ketetapan margin yang telah ditetapkan oleh 'Exchange'.
2
Hanya boleh menjana keuntungan ketika pasaran naik.
Boleh buat duit ketika pasaran naik atau turun. Lebih fleksibel.
3
Jika anda beli saham, anda dikira sebagai pelabur. Menjadi sebahagian pemilik saham syarikat.
Anda adalah spekulator. Mengambil risiko untuk pihak penjual dan pembeli berdasarkan jangkaan turun dan naiknya pasaran sesuatu komoditi/assets. Hanya inginkan keuntungan dalam bentuk RM.
4
Modal besar untuk menjana keuntungan yang lebih 'significant'.
Modal kecil tetapi mampu menjana untung yang luar biasa.
5
Pasaran yang kurang rancak kerana pelabur mempunyai banyak pilihan kaunter saham.
Pasaran yang aggresif dan boleh dikira. 'Roller Coaster'. Trader tertumpu pada sesuatu jenis sahaja. Indeks atau CPO.
6
Perlu fokus kepada berbagai Issue yang mempengaruhi pergerakkan harga saham.
Tidak banyak issue, hanya memerlukan skill individu dalam menjangka arah pasaran.

Cara Melihat Pergerakan Indeks & CPO Sebenar


BIL
MAKSUD
1
Contract untuk FKLI kebiasaannya di 'main' pada 'spot month'
2
Open adalah harga buka pada hari pasaran
3
High adalah harga tertinggi pada hari pasaran
4
Low adalah harga terendah pada hari pasaran
5
B/Qty adalah bilangan kuantiti pembeli dalam lot
6
Buy adalah harga yang ditawarkan oleh pembeli (sekiranya hendak 'Short' perlu lihat pada Buy)
7
Sell adalah harga yang ditawarkan oleh penjual (sekiranya hendak 'Long' perlu lihat pada Sell)
8
S/Qty adalah bilangan kuantiti penjual dalam lot
9
Last adalah harga terakhir yang 'match' antara pembeli atau penjual
10
L.Vol ialah jumlah terakhir kuantiti saham pembeli/penjual dalam lot yang 'match'
11
Chg ialah perbezaan harga pasaran dengan harga semalam
12
%Chg ialah perbezaan harga pasaran dengan harga semalam dalam peratus (%)
13
Sett. P ialah harga tutup semalam pada pukul 6 petang.
14
Volume ialah jumlah transaksi pembeli dan penjual dalam sehari.
15
O. Int ialah posisi net long/short yang masih belum ditutup oleh pemain pasaran.
16
TO/CP ialah harga pasaran sebelum tutup waktu urusniaga.
Terms yang biasa digunapakai dalam Pasaran Hadapan
BIL
TERM
MAKSUD
1
MARGIN
Modal atau Deposit yang diperlukan sebagai 'Performance Guarantee' untuk keseluruhan harga kontrak. Kebiasaannya 'deposit' ini tidak sampai 10% dari nilai keseluruhan asset.
2
POSISI LONG
Menjangka harga akan naik (Beli murah, jual mahal).
3
POSISI SHORT
Menjangka harga akan turun (Jual mahal, beli murah).
4
MARGIN CALL
Juga dipanggil 'variation margin' bermaksud duit perlu ditambah ke tahap 'maintenance margin' yang ditetapkan. Jika tidak 'topup' posisi anda akan di 'closed' oleh Future Broker.
5
MARGIN SURPLUS
Duit lebih yang ada selepas ditolak dengan margin posisi yang sedia ada. Duit lebih ini boleh dikeluarkan atau digunakan untuk menambah posisi sedia ada. Walaupun begitu ianya perlulah mencukupi margin yang ditetapkan.
6
LONG MARKET PRICE
Bermaksud anda ingin mengambil posisi 'long' (menjangka naik) dengan terus 'mengambil' apa jua harga yang ada pada pasaran di bahagian 'SELLER'.
7
SHORT MARKET PRICE
Bermaksud anda ingin mengambil posisi 'short' (menjangka harga akan turun) dengan terus mengambil apa jua harga ada pada pasaran di bahagian 'BUYER'.
8
LONG STOP ORDER
Untuk anda 'Cut Loss' posisi Short. Anda perlu membuat order kepada FBR jika ingin 'Cut Loss'.
9
SELL STOP ORDER
Untuk anda 'Cut Loss' posisi Long anda. Bermaksud apabila harga turun ke paras yang anda ingin 'Cut Loss', ianya akan 'match' dan terus 'closed' posisi long anda.
10
SETTLEMENT PRICE
'Closing Price' yang dipuratakan pada penghujung waktu pasaran berlangsung. MP-Market Price yang dipuratakan.


FCPO (Pasaran Hadapan Minyak Kelapa Sawit)




Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang FCPO?
BIL
PERKARA
MAKSUD
1
FCPO
Bermaksud Future Crude Palm Oil (Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah)
2
SIZE CONTRACT
1 lot bersamaan dengan 25 tonne minyak sawit mentah
3
Minimum Pergerakan 1 Bid
RM1.00 - bermaksud anda boleh membuat order 'long' atau 'short' dengan minimum bid RM1.00
4
BULAN CONTRACT
'Spot Month' dan diikuti 5 bulan seterusnya. Selepas itu anjakkan 2 bulan sampai 24 bulan.
5
Waktu Urusniaga
Waktu Pagi : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Waktu Petang : 3.00 petang - 6.00 petang
6
Daily Limit Price
Setiap harga 'queue' tidak boleh melebihi 'Settlement Price' (harga tutup semalam)
7
Maksimum Posisi Konrtak
Maksimum kontrak 'net long' atau 'short' adalah sebanyak 500 lot untuk 'Spot Month'.
Maksimum kontrak 'net long' atau 'Short' adalah sebanyak 5000 lot untuk kontrak selain 'Spot Month'
8
Hari terakhir 'Trading' untuk setiap posisi kontrak
Jika anda mempunyai 1 lot 'LONG' Kontrak September, hari terakhir urusniaga adalah pada tarikh 15 September 2010. Anda diwajibkan 'Closed Position' atau membayar penuh harga kontrak untuk mendapatkan minyak sawit sebanyak 25 tonne.
9
Grade Minyak Mentah
  1. Free Fatty acid(FFA) tidak melebihi 4% semasa dihantar di 'Port Tank Installation'
  2. Moisture tidak lebih 0.25%
  3. DOBI min 2.5
10
Lokasi Penghantaran CPO
Lokasi ditetapkan oleh 'Exchange' mengikut pilihan penjual samaada di Port Klang, Penang/Butterworth atau di Pasir Gudang.
Fundamental CPO
BIL
PERKARA
PENERANGAN
1
Maksud Fundamental
Sesuatu fakta berkenaan Minyak Sawit Mentah atau apa jua perkara yang boleh mempengaruhi turun naiknya harga CPO. Fakta tersebut seperti pertumbuhan ekonomi, import dan eksport minyak sawit dan sebagainya.
2
Faktor Komoditi Utama Dunia
Komoditi Utama dunia adalah seperti Minyak Mentah, Soya, Logam, Emas, Silver, Coco. Rata - rata jika komoditi seperti Minyak mentah haik, harga CPO juga akan naik.
3
Data Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi akan memberikan kesan langsung kepada harga komoditi. Jika ekonomi meningkat, permintaan kepada minyak sawit akan meningkat. Maka harga juga akan meningkat.
4
Faktor Musim dan Cuaca
Jika banjir besar berlaku, pokok sawit akan banyak yang akan mati. Maka, pengeluaran buah sawit akan berkurang yang mana akan menyebabkan harga CPO naik. Musim buah 'lawas' juga akan menyebabkan harga naik.
5
Fundamental fakta yang terlewat
Maklumat yang anda perolehi adalah maklumat yang agak lewat kerana ianya sudah 'ditapis' oleh pelbagai 'level' sebelum ianya dihebahkan.
Teknikal Analisis
BIL
PERKARA
PENERANGAN
1
Apa Itu Teknikal Analisis?
Mengkaji apa yang berlaku pada CPO dengan mengkaji harga yang lepas - lepas. Banyak perkara di dunia ini yang akan berulang semula. 'History will repeat itself'
2
Yang Utama
Perkara Paling Utama dalam teknikal analisis adalah mencari 'trend'. Dengan 'trend' sahaja anda boleh membuat untung.
3
SIGNAL ZC
Golden ZC = pasaran dijangka akan mengalami 'trend' menaik.
Dead ZC = Pasaran dijangka akan mengalami 'trend' turun.
4
Indikator lain seperti MACD, BOLINGGER, PARABOLIC SAR, RSI, MOMENTUM, STOCHASTIC
Di dalam dunia teknikal, ada beratus - ratus teknik yang semuanya berkesan. walaupun begitu, 2 atau 3 'indikator' sahaja sudah mencukupi. Ini kerana ianya akan mengganggu keputusan anda. Anda juga perlu ingat, yang paling utama dalam teknikal adalah mencari 'trend'.
5
LONG atau SHORT
Pastikan setiap kali posisi yang anda masuk adalah mengikut 'trend'. Jika 'trend' menaik, walaupun ada 'signal' untuk SHORT. JANGAN SHORT. Ini kerana, ditakuti anda akan terperangkap dalam 'trend'.


Strategi FCPO


  1. Kaji pergerakan 'Daily Chart' dan lihat juga 'Weekly Chart' FCPO. Tengok 'Dead ZC' atau 'Golden ZC'.
  2. Jika 'Dead ZC', ini bermaksud 'major trend' FCPO akan turun. Manakala jika GZC, FCPO akan naik.
  3. Dapatkan 'Support' dan 'Resistant Trendline' pada MO+RSI.
  4. Untuk 'Short Term Trader' boleh main dengan menggunakan carta 60 minit dan keluar menggunakan carta 30 minit atau mana - mana yang sesuai.
  5. Masuk mengikut arah major 'trend', ini bagi mengelakkan anda terperangkap dengan masuk 'small - small trend'.
  6. Keluar secepat mungkin tidak kira anda untung atau rugi jika 'trend' sudah berubah.
  7. Masuk semula selepas anda berehat dan enjoy (jika untung) dan bertenang (jika rugi).
  8. Selalu berusaha untuk membuat kajian dan latihan.
Apa itu 'Support' dan 'Resistant Level'?
Support Line
  • Membuat garisan lurus dengan mengambil harga- harga terendah adalah dikenali sebagai 'Support Line'.
  • 'Support Level' menunjukkan, minat pembeli tinggi pada paras harga yang dikira rendah. Ini akan membantutkan tekanan penjualan.
  • Jika ini berlaku harga akan 'rebound' semula.
Resistant Line
  • Membuat garisan lurus dengan mengambil dengan mengambil harga - harga tertinggi adalah dikenali sebagai 'Resistant Line'.
  • 'Resistant Level' menunjukkan minat penjual tinggi pada harga yang dikira tinggi.
  • Ini akan membantutkan kenaikan pasaran. Jika ini berlaku harga akan turun semula.


FAKTA FCPO

FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatif (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada pasaran fizikal kelapa sawit dunia.

FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25 X RM5 = RM125.

FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.

Kontrak ini adalah mengikut bulan. Kontrak yang ditawarkan BMD adalah kontrak bagi bulan semasa dan lima bulan berikutnya, diikuti bulan-bulan seterusnya secara berselang satu bulan, sehinggalah ke bulan 24 yang akan datang. Kontrak akan menjadi matang pada 15 haribulan pada bulan dimana kontrak itu disebut. Contohnya, kontrak bulan Julai 2007 akan matang pada bulan Julai 2007 manakala tarikh akhir urusniaganya adalah pada 15 Julai 2007.

Futures membenarkan kita membeli dahulu dan kemudian jual. Futures juga membenarkan kita menjual dahulu dan kemudian baru membeli. Yang pentingnya, kita melengkapkan urusniaga kita dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi; tak kesahlah beli dan jual atau jual dan beli.

Adalah juga penting untuk melengkapkan urusniaga. Kontrak yang diniagakan adalah sah dari segi undang-undang. Jika urusniaga tidak dilengkapkan dan kontrak itu matang, kita wajib meneruskan dengan proses tender fizikal minyak sawit. Dalam kata lain; trader yang masih memegang kontrak belian FCPO pada tarikh matang perlu menerima 25 tan metrik minyak sawit (bagi setiap kontrak) daripada trader yang masih memegang kontrak jualan FCPO pada tarikh matang yang sama.

Trader bebas memilih untuk membeli dan menjual kontrak dari bulan mana-mana sahaja. Namun trader diingatkan bahawa berurusniaga pada bulan yang hampir matang mungkin akan menyebabkan trader terpaksa berurusan dengan minyak sawit secara fizikal.

Jual atau beli kontrak pada bulan yang masih jauh juga boleh memerangkap trader kerana kontrak bulan sebegini, kadar kecairannya adalah rendah. Bila beli, mungkin susah nak jual kemudiannya kerana tiada pembeli. Begitu juga sebaliknya, bila jual susah nak beli kemudiannya kerana tidak ada penjual.

Adalah menjadi kebiasaan trader di dalam pasaran, terutamanya spekulator, untuk berurusniaga FCPO pada kontrak bulan ke tiga. Istilahnya adalah 'benchmark contract month'. Apabila membeli atau menjual kontrak bulan ketiga, ada cukup masa untuk melengkapkan urusniaga manakala kadar kecairannya adalah paling tinggi.

Masa urusniaga FCPO di BMD terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi (10.30 hingga 12.30) dan sesi petang (3.00 hingga 6.00).

Kadar margin atau deposit bagi setiap lot adalah ditentukan oleh BMD Clearing. BMD Clearing akan menyemak kadar ini dari masa kesemasa dan mengubahnya mengikut keperluan pengurusan risiko mereka.

Pada masa sekarang, kadar margin bagi setiap lot FCPO telah ditetapkan oleh BMD Clearing pada RM5,500. Walau bagaimanapun, ada syarikat broker yang membenarkan separuh margin (RM2,750) bagi urusniaga singkat (melengkapkan urusniaga pada hari yang sama).
Masa urusniaga bagi FCPO adalah seperti berikut:
Sesi pagi : 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Sesi petang : 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Walau bagaimanapun, terdapat suatu tempoh yang dinamakan 'pre-opening' pada setiap sesi. Pada tempoh ini, pelabur boleh membuat tempahan harga, mengubah tempahan harga, atau membatalkan tempahan harga. Dalam tempoh ini, beli dan jual tidak dipadankan.

Tempahan beli dan tempahan jual yang dibuat dalam tempoh ini akan dikumpulkan dan hanya akan dipadankan pada jam 10.30 pagi (bagi sesi pagi) dan 3.00 petang (bagi sesi petang) iaitu apabila bermulanya tempoh urusniaga sebenar. Purata harga bagi tempahan yang dikumpulkan itu akan menjadi harga pertama urusniaga pada sesi berkenaan.

Tempoh 'pre-opening' atau pra pembukaan pasaran ini adalah seperti berikut :
Sesi pagi : 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Sesi petang : 2.30 petang hingga 3.00 petang.

Pelabur FCPO, pada tempoh 'pre-opening' ini, digalakkan menelefon FBR masing-masing dan menyemak kedudukan soybean oil (daytrade dan project A) serta lain-lain fakta perubahan fundamental yang penting bagi mengelakkan kejutan semasa pembukaan sesi.

Sekiranya ada jangkaan pada perubahan mengejut dalam aliran pasaran, bolehlah peniaga membuat persediaan menukar strategi dan memberi arahan kepada FBR untuk sebarang tempahan harga bagi urusniaga baru, stop loss ataupun membatalkan tempahan harga yang telah dibuat.

Fakta dalam Fakta : Struktur pemasaan pasaran yang sebenar adalah lebih kompleks tetapi telah dipermudahkan disini bagi tujuan kefahaman pelabur.Masa yang dinyatakan diatas adalah terhad kepada tempoh dimana pelabur boleh melibatkan diri dalam pasaran.

Bagaimana bursa menemukan pembeli dan penjual? Kaedah yang digunakan dikenali sebagai NOVATION.

Novation adalah proses dimana bursa akan memadankan dua urusniaga; belian dan jualan. Apabila didapati seorang pembeli A dan seorang penjual B menawarkan harga masing-masing pada aras harga yang sama; bursa akan membeli daripada penjual B dan pada masa yang sama bursa juga menjual kepada pembeli A. Ini adalah cara bagaimana bursa menemukan pembeli dan penjual. Kenapa sampai begitu?

Pertamanya, ini untuk memastikan pada tarikh matang kontrak, pembeli dan penjual spekulasi dapat melengkapkan urusniaga mereka. Baki pemegang kontrak yang tinggal adalah hedgers yang mahu menghantar dan menerima minyak sawit. Seterusnya Bursa akan menyelia penghantaran dan penerimaan minyak sawit berkenaan. Dengan ini keperluan dan matlamat spekulator, hedger atau lain-lain kategori peniaga FCPO adalah tercapai.

Keduanya, novation membolehkan Bursa mengawal dan menyelia pasaran yang adil dan saksama melalui urusniaga yang sah selain mengelakkan gangguan atau manipulasi pihak tertentu.

Akhir sekali, Bursa juga dapat mengawal dan menyelia serta memastikan sesuatu urusniaga itu dapat dikesan dan diniagakan oleh peniaga yang didaftarkan melalui pembukaan akaun di syarikat broker. Ini penting bagi tujuan menyemak akauntabiliti setiap urusniaga dan mereka yang terlibat didalam sesuatu urusniaga tersebut.

Kerana inilah juga urusniaga FCPO dapat dijamin keberkesanan operasinya dan menyakinkan pelabur terhadap ketelusannya.

Akhir sekali, diharap bagi mereka yang masih ragu-ragu, dapat memahami bahawa urusniaga futures bukanlah urusniaga 'atas angin' kerana kita membeli daripada bursa dan kita menjual juga kepada bursa.



KENAPA FCPO ?


Beberapa sebab kami memilih urusniaga Pasaran Hadapan FCPO berbanding pasaran hadapan yang lain.
 Antaranya :

  1. FCPO adalah produk pelaburan tempatan dan diniagakan dalam Ringgit Malaysia.

  1. FCPO adalah produk pelaburan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia dimana ketelusan dan kredibilitinya dipantau secara langsung oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

  1. FCPO adalah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti sebagai produk pelaburan yang mematuhi syariah.

  1. Keuntungan daripada pelaburan FCPO adalah bebas daripada cukai.

  1. FCPO adalah instrumen pelaburan yang mempunyai ketahanan inflasi dan kebanyakan pengaruh ekonomi lain kerana sifatnya yang dwi-arah (two way market).

  1. FCPO adalah produk futures yang paling lama bertahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia.

  1. FCPO menawarkan leverage yang tinggi di mana potensi pulangan adalah lebih tinggi (bagi setiap RM yang dilaburkan) berbanding peluang pelaburan kewangan yang lain yang ditawarkan di Malaysia.

    8. FCPO adalah disandarkan kepada pasaran minyak sawit yang matang dan global di mana peserta             fizikal (hedgers) adalah terlibat secara aktif dan ini menyumbang kepada pergerakan pasaran yang         benar-benar disandarkan kepada permintaan dan penawaran pasaran minyak sawit itu sendiri.

 

 

SENARAI BROKER

Senarai Futures Broker (Trading House)
AmFuturse Sdn Bhd.
JF Apex Securities Berhad
CIMB Futures Sdn Bhd
ECM Libra Investment Bank Berhad
OSK Investment Bank Berhad
Okachi (M) Sdn Bhd
dan terdapat beberapa syarikat yang mendapat Lesen dari Suruhanjaya Securiti Malaysia.



PAKEJ  KONGSI FCPO
Pihak kami  menawarkan Pakej Kongsi FCPO  ' kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai dalam pasaran FCPO.  

Pihak kami mensasarkan keuntungan 5% - 15% setiap bulan.

Pakej yang ditawarkan adalah terhad seperti berikut.

1 LOT = RM 5,000

Tawaran Terhad 20 lot.

Nisbah Perkongsian adalah 50:50

Agihan kepada Peserta iaitu Tidak Tetap (berdasarkan Keuntungan)
- Tidak Tetap - Ia akan dikira berdasarkan keuntungan daripada ' Trading' yang dilakukan pada bulan tersebut.


Bayaran Agihan akan dibuat secara terus ke Akaun Bank Peserta pada 1 -14 hb setiap bulan.

Tiada tempoh matang.

Modal akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya ingin tarik diri selepas 6 bulan daripada notis.


Kepada yang berminat menyertai Pakej Perkongsian . Sila email maklumat ke fatrade2u@gmail.com spt dibawah :-

Nama :

Alamat :

No IC :

No Tel :

Jumlah lot :

No akaun Bank :



Sila buat bayaran ke akaun spt berikut :-



CIMB - 1216-0015924-05-2 ( FZL Resources )
atau


Maybank - 564799117258 ( Sofea Shop )

CIMB - 1216-0015924-05-2 ( FZL Resources )

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Bayaran boleh dibuat ke akaun spt berikut :- CIMB - 1216-0015924-05-2 ( FZL Resources ) atau Maybank - 564799117258 ( Sofea Shop ) Selepas bayaran sila inform / SMS saya ditalian 019-3576690 untuk direkodkan.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
CIMB - 1216-0015924-05-2 ( FZL Resources )

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Bayaran boleh dibuat ke akaun spt berikut :- CIMB - 1216-0015924-05-2 ( FZL Resources ) atau Maybank - 564799117258 ( Sofea Shop )

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Bayaran boleh dibuat ke akaun spt berikut :- CIMB - 1216-0015924-05-2 ( FZL Resources ) atau Maybank - 564799117258 ( Sofea Shop ) Selepas bayaran sila inform / SMS saya ditalian 019-3576690 untuk direkodkan.

Copy and WIN : http://bit.ly/cop

SELEPAS BAYARAN SILA SMS/WHATAPPS
FCPO/NAMA/NO TEL/NAMA BANK/MASA/TARIKH/JUMLAH KE NO ADMIN  

019-3576690


HUBUNGI  019-3576690 / 03-61841872

WhatsApp / Telegram : 0193576690



Fund Manager - Trading Gold, Silver & Forex http://kongsiforex.blogspot.com